Thursday, July 03, 2008
Kepada semua sahabat yang dimuliakan sekalian. Saya telah berpindah ke blog baru yang lebih memudahkan anda semua akses karya-karya saya di
Seruling Senja
Posted at 12:49 pm by
seruling senja
Permalink
Sunday, June 15, 2008
Novel: Ketika Cinta Bertasbih 2

Saya baru sahaja menghabiskan novel karya terbaru Habiburrahman el-Shirazy yang bertajuk Ketika Cinta Bertasbih 2. Satu garapan kisah cinta yang cukup indah dan Islamik untuk dibaca. Saya cadangkan supaya para peminat membaca Ketika Cinta Bertasbih 1 terlebih dahulu untuk mendapatkan cerita dari awal kerana kedua-dua novel tersebut merupakan kesinambungan antara satu sama lain. Khairul Azzam sebagai watak utama menjadi idaman para ibubapa untuk dijadikan suami bagi anak gadis mereka. Tidak kurang juga gadis-gadis yang ingin mendampinginya seperti Eliana, Vivi, Tika. Namun Allah telah mentaqdirkan hatinya untuk dimiliki oleh Anna. Bacalah, anda pasti akan berpuas hati...
Posted at 03:51 pm by
seruling senja
Permalink
Thursday, June 05, 2008
(Selamat Ulang Tahun Ke 3 Perkahwinan)
Sayang...
Peluklah daku diantara malammu
Biar mesranya meresap kehujung kalbu
Hilangkan ruang tumbuhnya rindu
Sayang
Ciumlah daku antara rindumu
Biar resahnya pergi berlalu
Agar hanya aku bersemi dijiwamu
Sayang
Cintailah daku antara waktu-waktumu
Jadikan aku raja dalam hidupmu
Bukan bererti dirimu hambaku
Melainkan engkau adalah permaisuriku
Belahan jiwaku
Peneman hidupku
Selama-lamanya bersamaku.
Seruling Senja
04/06/2008
9.00 malam
Kg. Banggol, Pantai Cahaya Bulan.
Posted at 11:05 am by
seruling senja
Permalink
Wednesday, June 04, 2008
Mother (Arabic) - Sami Yusuf
Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me
Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you
Ummahu, ummahu, ya ummi
wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
[Mother... Mother... O my mother
How I long to see O mother
“Your mother, Your mother, Your mother”
Is the saying of your Prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother]
Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini…
[You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me]
Posted at 03:02 pm by
seruling senja
Permalink
Friday, May 30, 2008
Sekarang ni aku dan teman-teman Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan agak sibuk sedikit dengan persiapan dalam menghadapi petisyen pilihan raya. LUHAM telah diarahkan oleh Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat (JUHAM) untuk membantu mengendalikan petisyen di Negeri Terengganu dan Negeri Perak. Mohon sahabat semua mendoakan kejayaan kami demi Islam yang dijunjung tinggi. Allahu Akbar!!!!!!!
Posted at 03:27 pm by
seruling senja
Permalink
Thursday, May 08, 2008
Ku Panjatkan Syukur Pada Allah
Segala puja, puji dan kesyukuran sepenuh jiwa raga ku persembahkan kepada ALLAH atas kurniaNya. Juga terima kasih buat semua sahabat dan teman yang telah mendoakanku. Oleh kerana takdir Tuhan dan berkat doa kalian, aku telah lulus dalam temuduga penerimaan masuk peguam syarie Negeri Kelantan pada 08/05/2008. Dan pada hari Ahad 11/05/2008 aku akan ditauliyahkan secara rasmi sebagai Peguam Syarie Negeri Kelantan. Allahu Akbar.
Posted at 03:42 pm by
seruling senja
Permalink
Wednesday, May 07, 2008
Saya petik terjemahan daripada kitab Ayuhal Walad karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali untuk tatapan kita bersama sebagai satu peringatan untuk kita semua. Saya akan siarkannya secara bersiri.
NASIHAT PERTAMA
WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN
Wahai anakku yang tercinta; Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw. kepada umatnya yang bermaksud:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”
Sebenamya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
Posted at 02:30 pm by
seruling senja
Permalink
Tuesday, May 06, 2008

Novel cinta yang Islamik ini seharus dan sepatutnya dibaca oleh para sahabat semua kerana ia mengandungi pengajaran yang amat berharga serta mempunyai lakaran kisah cinta yang cukup indah dipagari dengan lunas-lunas Islam. Menceritakan bagaimana kisah seorang lelaki yang dahulunya ingkar dan mungkar telah menemui jalan ketuhanan. Namun dalam mencari cahaya Tuhan, dia perlu melalui liku-liku kerikil yang tajam. Selamat membaca.
Posted at 01:59 pm by
seruling senja
Permalink
Sunday, April 20, 2008
Cerpen: Ku Temui CahayaNya
saya baru sahaja post cerpen terbaru saya di ruangan cerpen dalam web
seruling_senja.tripod.com sahabat boleh menikmatinya di sana. diharapkan sahabat boleh memberikan komen yang boleh memperbaiki mutu penulisan saya. terima kasih.
Posted at 12:01 pm by
seruling senja
Permalink
salam buat semua sahabat yang budiman,
pada 08/05/2008 nanti, saya akan menghadiri satu temuduga untuk diterima masuk sebagai peguam syarie negeri Kelantan. jadi saya mohon dengan jasa baik sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan saya demi Islam.
Jasa baik sahabat, hanya Allah sahaja yang layak membalasnya. Terima kasih.
Posted at 11:45 am by
seruling senja
Permalink